Wednesday, August 17, 2016

Dunia macam makin tak selamat?

atau manusia makin tamak?



atau makin tamak dan tidak beretika?


Hmm payah tu nak cakap kan. Tapi, memang kenyataannya, kat Malaysia saja, sebagai ibu, rasa makin lama makin banyak kejahatan yang berleluasa. Tak macam kita dulu-dulu kan. Boleh naik basikal sendiri pergi kedai yang jauhnya 1/2km. Bila mak tanya, jawab aje "pergi kedai tadi beli ais krim. Pergi sendiri ". Takdelah pula mak kita freak out kan. Kalau cik Atul nye respon....

"kenapa pergi sorang-sorang. kalau kena culik macam mana. Tak ingat ke gambar yang mama tunjuk haritu. Orang culik budak-budak sebab nak jual organ. Nanti dia korek mata pastu jual.etc etc etc"

Nampak tak paranoidnya cik atul (sila baca: emak-emak tahun 2016). Haha over kau nyah.

What about benda-benda lain yang menunjukkan ketamakan serta tak beretikanya manusia sekarang?

Baru siang td cik Atul baca tentang tikar plastik yang popular sekarang. kita kasi gambar ajelah nak bagi tgk cerita tikar plastik tu.


Sumber: FB cik atul. Share post kawan

Haa ramaikan yang beli. Mak iols pun ada juga. Yelah, nak kasi cucu-cucu duduk di tikar warna-warni gittew.. hahaha

Tapi sebenarnya, penjual boleh hantar tikar ni ke KKM untuk pastikan selamat atau tak sebelum dijual secara meluas. Tapi, bila peniaga ambil enteng, maka tak dihiraukan step ni. Lantas dijual dengan slogan cantik, murah, kalis air gicchew.

Yang penting, ramai orang beli, peniaga boleh kaya dengan senang kot. ETIKAnya, kita mesti jual barangan yang bagus, selamat dan berkualiti (serta harga berpatutan dengan kualitinya lah). Inshaallah lebih berkat perniagaan tu.

Yang lagi satu ni, berita agak lama, tapi kes terbaru sila klik disini ye. Alah, uols malas klik? ok takpe-takpe cik atul print screen okey. sayang korang..muahh

Alaaa x dpt print screen laa. Ok ni tajuk beritanya :

Wajah jadi lebam kehitaman selepas guna krim kosmetik

Haaa dah boleh agakkan. Ni pun boleh masuk kategori x beretika. Ada ke jual kosmetik yang berbahaya, mengandungi racun untuk orang pakai. Cuba tulis kat pakaging tu, krim ini mengandungi racun. Agak2 ada tak orang nak beli? Memang tak la kan. 

Paham ke? haha. cik atul menulis dgn rasa amarahnya sebab mcm diorang ni tak heran pasal pengguna aje kan. tu lah yang tak beretika. Dan mungkin juga sebab ada sifat tamak. Yang penting terjual dan ramai orang tertipu dengan kesan cepat tu.

oklah. penat menaip. next entry cik atul nak cerita tentang SF beauty skincare range. Kira pengalaman la. 

Kalau agak2 nak kawan dgn cik atul, boleh la cari FB kita ye.. :D

ps: Blog ni actually adalah platform untuk cik atul bercerita tentang menjadi penghuni gua semula. haha.. back to nature lah. Tapi tak semua ok. cik atul pro vaxxers tau. :D

Off & Salam



No comments:

Post a Comment